Israel Tutup Gaza dari Dunia Luar


Gaza, Isnin, 27 September 2004 ? Tentera Israel menutup seluruh Semenanjung Gaza dari dunia luar dengan membuat sekatan jalan di semua laluan dan jalan masuk menuju wilayah luar Semenanjung Gaza.

Tentera Israel telah menutup Bandar antarabangsa Gaza, laluan Betlehem Hanon, Rafah, Sufa dan Minthar. Tentera Israel mengaku bahawa prosedur ini dilakukan untuk mencegah serangan syahid Palestin.

Sementara itu, Israel juga masih meneruskan penutupan jalan sebelah barat Khan Yunis, Rafah, laluan Syuhada, dan jalan Abu Ajin. Sementara jalan Mawashi hanya dibuka untuk pejalan kaki, pintu masuk utama Matahahin dan jalan Shahiliah keduanya dibuka hingga sekarang.

Berkaitan dengan aktiviti pekerja, tentera Israel menutup kawasan perindustrian di Bet Hanon dan melarang semua pekerja masuk menuju wilayah Palestin di bawah jajahan Israel tahun 1948.