Yahudi bohong Al-Aqsa roboh


BAITULMAQDIS , Isnin , 27 September 2004- Seorang menteri Israel semalam mendakwa ada kemungkinan sebahagian Masjid Al-Aqsa akan runtuh menyebabkan penggunaannya sebagai tempat ibadat dihadkan pada Ramadan tahun ini.


Tetapi, Raef Nijem, Naib Presiden Jawatankuasa Pembinaan Jordan, menyangkal dakwaan itu dengan berkata, satu pasukan kejuteraan pimpinan Saleh Lam?i di Kaherah, sudah membuat kajian di masjid itu awal tahun ini.

?Pasukan itu mendapat hasil positif dan mengesahkan masjid itu tidak akan roboh,? kata Nijem.

Nijem berkata, lubang di dinding sebelah timur masjid itu retak kerana air hujan sudah diisi dengan batu.
(gambar kanan) Rakyat Palestin dinafikan hak bersolat di Masjid al-Aqsa

Awalnya, Menteri Keselamatan Dalam Negeri Israel, Gideon Ezra berkata, kerja mengukuhkan masjid itu yang juga tanah suci ketiga Islam akan dimulakan secepat mungkin atau kerajaan Israel terpaksa mengurangkan kemasukan pengunjung ketika bulan puasa atas alasan keselamatan.

Sepanjang Ramadan yang bermula pertengahan Oktober ini, lebih 200,000 orang Islam dijangka menziarahi Masjid Al-Aqsa di timur bandar lama Baitulmaqdis yang ditakluki Israel pada 1967.

Ezra dipetik radio awam Israel berkata, penyelenggaraan perlu dilakukan kerana bumbungnya boleh runtuh jika terlalu ramai orang berkumpul di situ ketika Ramadan.

?Israel enggan mengambil risiko itu. Tiang perlu dibina bagi menyokong bahagian dinding di barat masjid. Jika tidak, polis terpaksa mengehadkan kemasukan ke masjid sepanjang Ramadan,? katanya.

Stesen radio itu melaporkan, Perdana Menteri Israel Ariel Sharon sendiri yang mengarahkan langkah itu diambil bagi mengelak sebarang tragedi di situ yang baru-baru ini terjejas akibat gempa bumi.

Kawasan masjid yang dikenali sebagai al-Haram al-Sharif oleh penganut Islam menempatkan Masjid Omar atau Masjid Kubah Batu serta Masjid Al-Aqsa.

Kawasan itu turut dituntut pengikut Yahudi kerana ia dikatakan lokasi sebuah kuil yang dimusnahkan tentera Rom sekitar 70 selepas Masihi. ? Agensi

Ezra mengeluarkan amaran itu beberapa hari selepas laporan mengatakan ada kumpulan pelampau Yahudi merancang merusuh di sekitar Masjid al-Aqsa dan Masjid Omar kerana langkah pemimpin Jordan, Raja Abdullah untuk membina menara masjid baru.

Akhbar Hebrew, Yediot Ahronot memetik ketua pergerakan Zionis bergelar ?Hay ve Kayam? sebagai berkata pembinaan menara baru itu akan membawa kesan buruk. ? Agensi

?Saya secara rasminya mengumumkan bahawa kami akan menyekat dengan badan kami laluan masuk ke situ,? kata akhbar berkenaan yang memetik pemimpin itu sebagai berkata.

Satu delegasi Jordan baru-baru ini melawat wilayah ditakluki Palestin bagi mengadakan rundingan dengan Pihak Berkuasa Palestin mengenai pembinaan menara kelima di masjid berkenaan. ? Agensi