Selasa, 28-04-2020 – Mufti Al-Quds dan Wilayah Palestin sekaligus Ketua Dewan Fatwa, Syekh Mohammad Husain, memaklumkan pada Khamis petang semalam bahawa Jumaat 24/4 merupakan hari pertama bulan Ramadan penuh berkah.
Mufti mengatakan, “Dalam pertemuan bersama Dewan Fatwa Palestin di Masjidil Aqsa untuk menentukan awal Ramadan tahun 1441H ini, ditetapkan bahawa hilal Ramadan sudah kelihatan di malam ini dan Jumaat 24 April 2020 merupakan hari pertama bulan Ramadan penuh berkah.”
Syekh Mohammad Husain menambah, “Dari kawasan Masjidil Aqsha, kiblat pertama, masjid kedua, dan masjid ketiga yang sangat dianjurkan untuk dikunjungi. Kami menyampaikan selamat kepada segenap kaum muslimin di timur dan barat, dan kepada segenap rakyat Palestin di Palestin dan di manapun mereka berada, atas kedatangan bulan penuh berkah ini.”
sumber : https://melayu.palinfo.com/
penterjemah : osman