Categories
Berita Semasa

Gaza: Nelayan cedera ditembak rejim Israel.

Jumaat, 24-04-2020 – Seorang nelayan Palestin cedera ditembak tentera laut rejim Israel di luar pantai al-Sudaniyah, utara Semenanjung Gaza.

Menurut jawatankuasa tempatan yang terlibat dalam mendokumentasikan keganasan rejim Israel terhadap nelayan Gaza berkata, nelayan berumur 25 tahun yang dikenali sebagai Ziyad Bakir telah cedera terkena peluru getah di kepala menyebabkan mangsa menerima bantuan rawatan perubatan di Hospital al-Shifa, Bandar Gaza.

Tambah jawatankuasa itu lagi, bot tentera laut rejim melepaskan tembakan beberapa butir peluru getah ke arah mangsa dan botnya serta menahan beliau sebentar sebelum dilepaskan pergi.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin