
Rabu, 14/11/07 –Kementerian Kesihatan dalam kerajaan Palestin pada Selasa lepas (13/11/2007) telah mengingatkan
akan kondisi kesihatan di Jalur Gaza semakin serius akibat tekan berterusan dari pihak rejim.
Jabatan Kementerian Hubungan Awam dan Media telah mengesahkan sekatan rejim Zionis terhadap kemasukan ubat-ubatan telah mengakibatkan kerosakan 23 buah mesin pencuci buah pinggang daripada 66 unit yang tersedia.
Bekalan diesel yang terdapat di hospital dan unit-unit lain telah dikurangkan kapasiti sebanyak 20 peratus berikutan keengganan pembekal menyalurkan bekalan diesel. Ini kerana kerajaan Mahmoud Abbas enggan menjelaskan bayaran.
Pihak kementerian turut memberitahu bahawa bekalan ubat tidak dapat bertahan sehingga hujung tahun ini manakala stok susu bayi turut kehabisan stok. WHO telah digesa supaya segera bertindak untuk mengakhiri krisis kemanusian di Jalur Gaza ini. Tekanan kepada rejim Zionis wajib di teruskan agar bekalan2 ubat dapat disalurkan segera dan pesakit2
kritikal di benarkan mendapat rawatan di luar negara.