Mona Mansur : Kenapa Dunia Senyap ?


Selasa, 13/11/07 –Mona Mansour pada Isnin lalu (12/11/2007) memberikan amaran kepada seluruh dunia bahawa satu ‘ledakan’ akan berlaku di Timur Tengah berhubung dengan kemurungan dunia terhadap jenayah kemanusiaan terhadap rakyat Palestin oleh pihak rejim Zionis.

Mansour, dalam satu sidang akhbar berkata, rakyat Palestin tidak tertahan lagi akan perbuatan biadap rejim Zionis yang mengancam seluruh aspek kehidupan rakyat.

Rejim Zionis terus menerus melakukan kekejaman tanpa menghiraukan undang2 antarabangsa dan kerana kesenyapan itu, perbuatan ini terus menerus dilakukan.

Mansour memberi komentar terhadap penculikan pertama Menteri Wanita , iaitu Dr Mariam Salleh Isnin lalu .