
Khamis, 15/11/07 – Gaza: Elit Hamas mengingatkan bahaya pemerintah Palestin ikutserta dalam muktamar Anapolis dengan dasar usul, tertegaknya negara “Israel†dan balasannya pengiktirafan ‘Israel’ terhadap kewujudan negara Palestin. Ini merupakan kesalahan besar yang mengancam kewujudan Palestin.
Dr. Shalah Bardawil jurucakap fraksi Perubahan dan Reformasi menegaskan, ucapan presiden “Israel†berkenaan dasar tegaknya negara “Israel†dalam perundingan sangat berbahaya kepada rakyat Palestin. Ini kerana, jika ia berlaku maka negara “Israel†akan mengusir 1.5 juta warga Palestin yang berada di wilayah jajahan tahun 1948 dan tidak ada lagi hak kepada enam juta pelarian Palestin untuk kembali ke sana. Apa yang lebih malang, Al-Quds tidak akan kembali ke pangkuan Palestin.
Sebelumnya, presiden “Israel†Simon Perez di parlemen Turki menyatakan Selasa (13/11) bahawa perundingan di Anapolis akan dilakukan dengan dasar pengiktirafan Palestin terhadap negara Yahudi dengan balasan pengiktirafan “Israel†terhadap negara Palestin.
Bardawil menegaskan, Hamas tidak akan selamanya menerima negara “Israel†kerana ia merupakan kesalahan besar yang merugikan rakyat Palestin.