HAM Palestin: Pembunuhan 6 Orang Demonstrator Dilakukan Penembak Curi


Khamis, 15/11/07 – Gaza: Pusat Hak Asasi Manusia (HAM) Palestin menegaskan, kes 6 orang penunjuk perasaan terbunuh sewaktu majlis peringatan kematian Yasir Arafat, Isnin lalu(12/11), dilakukan oleh penembak curi.

Pernyataan ini dikeluarkan pihak HAM Palestin, Selasa (13/11). Kesimpulan ini dikuatkan oleh pernyataan dari pihak Kementerian Dalam Negeri Palestin pada hari yang sama kepada masyarakat awam, bahawa terdapat beberapa orang yang tidak dikenali menembak para demonstrator.

Seperti yang dinyatakan oleh kumpulan penyiasat HAM Palestin,sekitar pukul 1.00pm, segerombolan penunjuk perasaan berkumpul di hadapan Universiti Al-Azhar Gaza. Ketika mereka bergerak untuk meninggalkan kawasan tersebut, tiba-tiba terdengar suara tembakan dari arah bumbung bangunan universiti, susulan itu beberapa orang penunjuk perasaan rebah dan berlumuran darah.

Pada waktu yang sama pihak polis Palestin tiba di tempat kejadian. Mereka sempat melihat sejumlah orang yang tidak dikenali melancarkan seranganya terhadap anggota polis. Dalam menghadapi serangan secara mengejut itu, anggota polis mengarahkan tembakan ke udara untuk menghalau para penembak yang menggunakan pakaian preman dari atas bumbung. Namun para penunjuk peraasan menyangka bahawa pihak polis telah menembak. Mereka melempari para petugas dengan batu dan tembakan. Dianggarkan sekurang-kurangnya 45 anggota polis tercedera.