
Isnin, 26/11/07 – Dalam kejadian lain yang hampir sama, sekitar 200 peneroka-peneroka Yahudi yang bersenjata telah menceroboh sebuah kampung dekat Qalqilia di Tebing Barat Ahad lalu dan memecah masuk ke rumah-rumah dan mencetuskan kemusnahan serta mengganggu penduduk kampung.
Sementara itu, Dr. Mohamed Al-Agha, Menteri Pertanian dalam kerajaan sementara Palestin mengesahkan dalam satu siaran akhbar Ahad lalu bahawa angkatan tentera Israel telah membunuh dua orang petani dan mencederakan para nelayan Sabtu lalu di utara Semenanjung Gaza.
Menteri itu merayu kepada negara-negara yang cintakan keamanan agar menjadi saksi penderitaan penduduk Gaza, terutama petani-petani Palestin yang dibunuh oleh askar-askar IOF dan kerugian besar yang dialami lantaran operasi pengepungan Israel yang dikenakan ke atas kawasan tersebut.