Khudari mengatakan Rejim Israel bertanggungjawab atas kematian anak Palestin


Selasa, 20/11/07 – GAZA, (PIC)– Ahli Parlimen Palestin, Jamal Al-Khudari mahu Israel bertanggungjawab atas kematian seorang kanak-kanak Palestin berumur 9 tahun di Semenanjung Gaza Isnin lalu selepas dihalang untuk membenarkannya mendapatkan rawatan dari luar walaupun keadaan kesihatannya bertambah buruk.

Ahli Parlimen itu mengulangi amaran tersebut dengan beratus-beratus pesakit-pesakit lain yang menderita dengan pelbagai penyakit sedang di ambang kematian disebabkan oleh pengepungan yang ketat di sempadan Semenanjung Gaza.

Khudari merayu kepada dunia untuk segera campur tangan dan membenarkan pelepasan pesakit-pesakit itu, serta mempertikaikan pendirian dunia yang membiarkan sahaja keadaan tragis tersebut.
Amir Saher Al-Yazji, 9, mati pada pagi Isnin lalu setelah menderita penyakit meningitis dan hospital-hospital di Gaza tidak dapat mencari ubat yang sesuai untuk dirinya.

Saudara mara kanak-kankak itu cuba mendapatkan persetujuan untuk merawatnya di hospital Israel tetapi usaha berterusan untuk menjamin keselamatan perjalanannya merentasi sempadan Erez sejak minggu lalu gagal.

Rami Abdo, jurucakap bagi jawatankuasa anti sekatan yang sudah dikenali itu memberitahu PIC bahawa kanak-kanak itu mengidap penyakit sejak 13 hari lalu dan telah dimasukkan ke Hospital Nasr di bandar Gaza.

Beliau menambah pesakit meningitis biasanya pulih selepas tujuh hingga sepuluh hari jika mendapat rawatan tetapi kekurangan ubat anti biotik yang sesuai menyulitkan keadaannya dan otaknya menghidapi komplikasi.

Kematian kanak-kanak itu telah menggenapkan 13 orang mangsa rakyat Palestin dalam sebulan yang tidak dapat meneruskan perjalanan ke luar negeri untuk mendapatkan rawatan disebabkan oleh penutupan lintasan oleh Israel .