
Isnin, 3/12/07 – Ramallah: Namr Hammad, Penasihat politik Mahmud Abbas mengritik apa yang dilakukan kumpulan pejuang Palestin yang melepaskan peluru berpandu ke tempat-tempat Zionis. “Akibatnya ia dijadikan alasan pihak Rejim Zionis untuk menyerang beberapa tempat di Semenanjung Gaza,” kata Hammad.
Menurut Hammad kepada Quds Press, Semenanjung Gaza sekarang ini “hidup di antara dua himpitan, himpitan Israel dari satu sisi dan sisi lain himpitan sebahagian kumpulan pejuang.” “Maka tak diragukan lagi pihak Israel mencari-cari alasan untuk meneruskan permusuhannya. Kami melihat tak ada manfaatnya apa yang dilakukan sebahagian kelompok pejuang yang melakukan tindakan-tindakan tidak bertanggungjawab kepada bangsa Palestin. Salah satunya dengan melepaskan peluru berpandu buatan tempatan yang tak mendatangkan kerugian apapun kepada Israel. Inilah keadaan yang hadapi sekarang ini,” tegas Hammad.
Tentang siapa yang beliau maksud dengan kelompok atau milisi bersenjata, Hammad berkomentar; “Mana-mana kumpulan yang melepaskan peluru berpandu ke arah Israel, mereka mengetahui namanya. Dimana setiap kumpulan memiliki nama masing-masing.”
Dalam pada itu, difahamkan bahawa peluru yang telah dilepaskan oleh para fraksi pejuang Palestin ke kawasan dan penempatan Zionis ‘Israel’ membuat pihak penjajah merasa takut dan gentar. Ini sudah sering diakui sendiri oleh militan Zionis ‘Israel’. Bahkan PM Israel, Ehud Olmert sendiri yang mengatakan ketimampuannya menghadapi peluru berpandu tersebut yang sekarang ini mengalami perkembangan yang sangat pesat.