
Selasa, 4/12/07 – BAITULMUQADDIS,PIC– Perdana Menteri Israel, Ehud Olmert Ahad lalu menyatakan persidangan Annapolis yang diadakan baru-baru ini amat penting untuk keselamatan Israel dan ia disertakan sekali dalam rundingan bersama Palestin pada masa akan datang ke arah pelaksanaan penuh rancangan damai.
“Perkara paling penting dalam kenyataan bersama Palestin-Israeli yang dibacakan oleh Presiden AS George W Bush hakikatnya ialah apa-apa penyelesaian politik masa depan antara Palestin-Israel ke arah pelaksanaan penuh rancangan damai Palestin perlulah mengambil kira keselamatan di pihak Israel”, kenyataan Olmert telah dipetik di hadapan ahli-ahli kabinetnya semasa sesi mesyuarat mingguan mereka Ahad lalu.
Perdana Menteri Israel itu juga berkata Israel banyak memperolehi kejayaan semasa persidangan itu, dan menjelaskan satu topik utama yang dibincangkan dalam persidangan itu ialah keperluan untuk memulihkan hubungan diplomatik Israel dengan negara-negara Arab. “Langkah-langkah serius harus diambil ke arah memulihkan hubungan Israel-Arab”, menurut beliau.
Terdahulu, Olmert telah mengesahkan kepada para wartawan yang menemuramah beliau selepas persidangan itu dengan menyatakan isu Baitulmuqaddis ridak dibincangkan, tetapi Palestin hendaklah mengiktiraf Israel adalah negara Yahudi.