
Khamis, 04-06-2020 – Seorang warganegara Palestin yang cedera akibat ditembak oleh Rejim Zionis semasa tunjuk perasaan Perarakan Pulang Besar-besaran di Gaza pada bulan Ogos 2018 telah meninggal dunia pada hari Selasa lalu akibat kecederaan tersebut.
Jawatankuasa Tinggi Kebangsaan Perarakan Pulang Besar-besaran telah berkabung untuk Rami al-Ghalban, 43, yang meninggal pada hari Selasa lalu disebabkan kecederaan yang dialaminya semasa mengambil bahagian dalam Perarakan Pulang Besara-besaran pada 3 Ogos 2018.
Perarakan Pulang Besar-besaran pada awalnya bermula sebagai tunjuk perasaan mingguan di sepanjang sempadan Gaza dengan wilayah Palestin yang diduduki sejak 1948 dan telah berakhir pada Disember 2019.
Tunjuk perasaan berkenaan bertujuan untuk mendesak Israel untuk menghentikan sekatan di Gaza dan meminta agar pelarian Palestin 1948 dapat kembali ke tanah air mereka.
Tunjuk perasaan di sempadan, walaupun telah berlaku dengan aman, disambut dengan kekerasan melampau oleh tentera Israel, dan telah membunuh ratusan serta mencederakan ribuan orang Palestin yang tidak bersenjata.
sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : ezatul