
Khamis, 04-06-2020 – Bekas ketua biro politik Hamas, Khaled Mishaal meminta penganjur konvoi bantuan dan solidariti Freedom Flotilla untuk meneruskan usaha mereka bagi memecahkan halangan Israel di Jalur Gaza.
Mishaal membuat pernyataan itu semasa penyertaan beliau didalam menyuarat yang diadakan oleh Turkish Humanitarian Relief Foundation IHH pada ulang tahun armada pro-Gaza, Freedom Flotilla dan para syuhada kapal Mavi Marmara.
“Kami mengingati 10 orang syuhada yang sedang menuju ke Palestin bagi memecahkan pengepungan di Jalur Gaza dan mengorbankan diri mereka demi nilai-nilai kemanusiaan.” kata Mishaal kepada peserta.
“Tempat mereka adalah di hati kita”, tambah beliau.
“Terima kasih kepada mereka yang menyertai armada tersebut atas kemuliaan dan keberanian mereka yang ditonjolkan untuk nilai-nilai kemanusiaan. Moral dan keberanian mereka tunjukkan ketika mereka berdepan bahaya”, kata pegawai Hamas itu.
sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : hanafi