
Khamis, 6/12/07 – GAZA, (PIC)– Ismail Haneyya, Perdana Menteri kerajaan sementara Palestin Isnin lalu menyatakan keputusan Mesir untuk membuka sempadan di Rafah agar jemaah-jemaah dari Gaza dapat bergerak ke Arab Saudi adalah jalan terbaik bagi memecahkan pengepungan yang dikenakan ke atas Gaza.
Semasa pemeriksaan di bandar polis Arafat, Haneyya menyatakan penghargaannya terhadap peranan Mesir dalam hal ini dan juga usahanya mengurangkan penderitaan penduduk Palestin, dan menekankan bahawa penduduk Palestin akan berdiri teguh disebalik pengepungan dan tekanan-tekanan dan tidak akan berganjak daripada pendirian mereka.
Dalam konteks yang sama, Ibrahim Hamami, penulis Palestin yang terkenal memberikan pendapat bahawa laluan jemaah-jemaah Gaza melintasi sempadan Rafah adalah satu respons praktikal terhadap kenyataan-kenyataan sebelumnya oleh kerajaan tidak rasmi Palestin di Ramallah bahawa tiada haji untuk penduduk Gaza tahun ini tetapi dengan usaha mereka sendiri mereka melalui sempadan yang dikawal Israel.
Hamami menambah kemasukan kumpulan pertama jemaah Gaza membuktikan tanpa ragu bahawa sempadan Rafah hanyalah semata-mata isu antara Mesir-Palestin dan langkah ini mesti diterukan untuk kembali dibuka secara rasmi akhirnya.
Penulis Palestin itu juga menggambarkan tuduhan-tuduhan kerajaan Fayyad bahawa laluan jemaah-jemaah Gaza merupakan permintaan Presiden Palestin sendiri, Mahmoud Abbas sebagai satu jenaka yang dicipta oleh mereka yang berusaha meyakinkan peranan palsu mereka sendiri dan ini adalah bukti jelas Abbas adalah salah seorang yang berdiri di belakang penutupan sempadan Rafah.