Israel: Kami Meminta Agar Negara Arab Hadir di Annapolis untuk Sokong Abbas


Rabu, 5/12/07 – Alquds (Terjajah): Menteri Luar Israel, Tzepi Levni menegaskan, kerajaan Ehud Olmert bersungguh-sungguh meminta agar 16 negara Arab hadir dalam pertemuan Annapolis, yang dijalankan pada akhir November lalu, adalah agar negara-negara ini mendukung pembatalan-pembatalan (tuntutan) dari Presiden Mahmud Abbas. Menurutnya, “Tiada pemimpin Palestin yang boleh membatalkan (hak) tanpa sokongan dan dukungan Arab.”

Levni menyatakan bahawa sebab kedua kegigihan pihak Israel agar negara-negara Arab hadir dalam pertemuan tersebut adalah untuk ‘memegang’ barisan pimpinan negara-negara Arab moderat untuk melawan bahaya terbesar yang mengancamnya, iaitu Iran.

Menteri Luar Israel ini menyebutkan pencapaian Israel dalam pertemuan Annapolis. Beliau menegaskan, “Kami telah menolak sebarang komitmen sebelum dan sesudah pertemuan Annapolis. Agar kami tidak membebani diri sendiri sepanjang perundingan berlangsung. Kami tidak mahu menerima jadual perancangan yang mengikat agar kami tidak tertekan untuk mencapai penyelesaian dalam tempoh tertentu.”

Sementara itu PM Israel Ehud Olmert di hadapan sidang fraksi Kadina di Knesset mengatakan, “Saya akui bahawa sejak awal mereka berupaya mengecilkan dan meremehkan persidangan Annapolis. Namun kehadiran 40 menteri luar merupakan satu pencapaian yang besar.

Dalam pertemuan pertama dengan fraski Kadina sekembali dari Annapolis, Olmert menyampaikan harapannya agar mendapat kejayaan dalam perundingan yang dipimpin Menteri luar, Tzepi Levni dengan pihak Palestin.