Rejim Israel dapat arahan untuk membunuh pemimpin Hamas.


Rabu, 12/12/07 – GAZA, (PIC)– Anggota senior dalam pasukan pelapis Rejim Israel baru-baru ini telah menerima arahan untuk membunuh pemimpin-pemimpin politik terutamanya Hamas Ismail Haneyya, Perdana Menteri kerajaan sementara Palestin.

General (Simpanan) Dany Rothschild menyatakan pendapatnya dalam satu temubual dengan radio tentera Israel dengan berkata pembunuhan Haneyya akan menghasilkan satu respon untuk meneruskan serangan roket buatan sendiri melalui Semenanjung Gaza.

Beliau berkata Israel mensasarkan tokoh pembuat keputusan bermula dengan Haneyya, bukannya terhadap individu-individu yang melepaskan roket-roket itu.

Rothschild juga menyatakan mana-mana serangan IOF ke Semenajung Gaza akan tidak akan membahayakan anggota tentera IOF yang diculik, Gilad Shalit,dimana dia telah disembunyikan di tangan puak penentang Palestin selama lebih 16 bulan.

Dalam pada itu, Moshe Kaplinski, Timbalan Ketua Staf Am IOF ketika melepaskan jawatannya berkata tentera mungkin “dipaksa” untuk dikerah ke beberapa kawasan di Gaza selama berbulan-bulan.

Dia diberitahu akhbar Yahudi’Yedioth Ahronoth’ bahawa dasar “self-restraint” harus datang dengan satu matlamat dan operasi pencerobohan ke Gaza hanya menunggu masa sahaja.