
Khamis, 13/12/07 – Al-Quds: Majlis Kabinet Kecil, penjajah Israel menghalang dikeluarkan arahan operasi militan besar-besaran ke Semenanjung Gaza. Keputusan ini dikeluarkan oleh pihak militan dan politik Israel yang melihat bahawa operasi militan ke Semenanjung Gaza akan gagal menghentikan perjuangan Palestin di Semenanjung Gaza, Selasa (11/12).
Pada ketika PM Israel Ehud Olmert menegaskan bahawa operasi militan ke wilayah Fakharah akan menuai kemenangan dan keuntungan dalam memerangi penyerang roket Palestin, kumpulan pejuang Palestin melancarkan sekurang-kurangnya 50 roket dalam waktu singkat pada pagi Rabu (12/12). Ini menunjukkan kapasiti roket mereka cukup besar.
Bukti kegagalan operasi militan Israel adalah bantahan Majlis Kabinet Kecil milik pemerintah penjajah Israel yang menghalangi dikeluarkan keputusan operasi militan besar-besaran ke Semenanjung Gaza. Akhirnya Israel hanya mengeluarkan ancaman tanpa sebarang tindakan.
Wakil ketua Partai Likud, Silvan Shalom melihat bahawa pemerintah Olmert mengabaikan penduduk Sidrot Israel kerana pertimbangan politik dan pribadi. Beliau menegaskan bahawa pemerintah Olmert melarang operasi militan ke Gaza kerana Persidangan Annapolis.