
Selasa, 18/12/07 – BAITULMUQADDIS, (PIC)– Yayasan Aqsa Isnin lalu memberi amaran tentang keputusan Israel untuk menyambung kerja memusnahkan Maghareba, laluan bersejarah menuju ke Masjid Aqsa di Baitulmuqaddis.
Yayasan tersebut dalam satu kenyataan telah berkata keputusan itu bermakna menghapuskan sebahagian daripada Masjid Aqsa kerana laluan Maghareba adalah penting untuk masjid itu.
Kerja-kerja pemusnahan itu sangat membahayakan tempat keramat dan mengurangkan kestabilan asasnya terutama apabila usaha penggalian Israel di bawah tanah tidak dihalang sejak pencerobohannya 40 tahun lalu, kata AF.
Ia juga menuduh keputusan IOA sejajar dengan desakan untuk mengawal Masjid Aqsa secara berperingkat-peringkat dan membahagikannya antara orang Islam dan Yahudi bertujuan untuk membina sebuah kuil.
Yayasan Aqsa membuat rayuan segera terhadap penduduk Palestin, pegawai-pegawai Arab dan Islam dan media massa agar bertindak segera untuk menyelamatkan Masjid Aqsa sebelum ia terlewat.