
Isnin, 15-06-2020 – Sejumlah pelampau Yahudi yang dikawal oleh pasukan polis pada hari Khamis pagi telah memasuki Masjidil Aqsa dan membuat kacau-bilau di halaman masjid tersebut.
Pelampau Yahudi itu telah mengerumuni Masjid secara berkumpulan melalui gerbang Maghariba dan menjelajah halamannya dibawah pengawasan polis. Saksi melaporkan bahawa mereka lihat beberapa pelampau melakukan ritual semasa lawatan.
Sementara itu, polis Israel mengeluarkan hukuman kewangan terhadap jemaah Muslin dengan alasan tidak memakai pelindung muka semasa berada di tempat suci itu. Masjidil Aqsa telah dinodai setiap hari oleh pelampau Yahudi dan pasukan polis pada waktu pagi dan petang kecuali pada hari Jumaat dan Sabtu.
Polis Israel menutup gerbang al-Maghariba yang digunakan oleh orang Yahudi untuk memasuki Masjid tersebut pada pukul 10:30 pagi setelah pelampau menyelesaikan lawatan mereka ke tempat suci itu pada sebelah pagi. Kemudian pada tengahari itu, pintu yang sama dibuka semula untuk lawatan di sebelah petang oleh pelampau Yahudi.
Semasa kehadiran pelampau di perkarangan Masjid tersebut, sekatan masuk dikenakan ke atas jemaah Muslim di pintu masuk yang menuju ke Masjid dan kad pengenalan mereka disita sehingga mereka meninggalkan kawasan tersebut.
Polis penjajahan Israel yang tidak mempunyai bidang kuasa atas Masjidil Aqsa juga mengeluarkan atau memperluaskan larangan masuk sewenang-wenangnya dana memerintah warganegara Baitulmaqdis untuk tidak memasuki kawasan suci umat Islam itu berminggu-minggu malahan berbulan.
Baru-baru ini setelah pihak berkuasa Awqaf Islam di Baitulmaqdis membuka semula Masjidil Aqsa kepada para jemaah Muslim setelah penutupannya selama lebih dari dua bulan sebagai langkah pencegahan penyebaran Virus Corona, polis Israel memperhebatkan lagi proses pembuangan warga Palestin dari kawasan suci umat Islam itu.
Sejak akhir-akhir ini, puluhan rakyat Baitulmaqdis dan aktivis di keluarkan perintah bagi tidak memasuki kawasan tersebut. Polisi yang haram itu dipercayai sebahagian dari praktik yang bertujuan membolehkan pelampau Yahudi melakukan ritual tanpa penentangan Palestin dan membukan jalan bagi negara penjajah Israel untuk mengendalikan tempat suci itu.
sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : hanafi