Categories
Berita Semasa

Mahkamah Israel Jatuhkan Hukuman Penjara 10 Tahun Ke Atas Kanak-kanak Palestin.

Selasa, 16-06-2020 – Ahad lalu sebuah mahkamah Israel telah menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun kepada seorang kanak-kanak Palestin, Hammouda al-Sheikh, 15 tahun.

Al-Sheikh ditangkap setelah dia ditembak oleh pegawai polis Israel dan tercedera parah pada 15 Ogos 2019 di Baitulmaqdis. Seorang lagi kanak-kanak lelaki bernama Nasim Abu Roumi, 15, terbunuh dalam kejadian yang sama.

Polis Israel mendakwa bahawa kanak-kanak berkenaan cuba menikam pegawai polis Israel di Pintu al-Silsila berhampiran Masjid al-Aqsa di Baitulmaqdis.

Abu Roumi meninggal dunia serta-merta, sementara al-Sheikh dibiarkan berdarah selama hampir satu jam sebelum dia dipindahkan ke hospital.

Buat ketika ini Israel sedang menahan 190 orang warga Palestin yang di bawah umur di penjara dan pusat-pusat tahanan, di mana 20 daripadanya adalah berusia di bawah 16 tahun.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : ezatul