IOA bimbang kempen perpaduan dunia dengan Gaza


Jumaat, 28/12/07 – Kerajaan sementara PA diketuai oleh Ismail Haneyya telah menuduh kuasa pendudukan Israel melangkah masuk kawasan pemblokan dan enggan membenarkan delegasi Itali ke Gaza adalah satu percubaan yang terang-terangan untuk menyembunyikan keputusan jenayah-jenayahnya.

Dr. Mohammed Awad, Setiausaha Jeneral Kerajaan Haneyya, berkata pada sidang media di Gaza pada hari Rabu yang pengepungan IOA telah membuatkan Gaza seperti satu penjara yang besar.

Beliau menyeru pertubuhan-pertubuhan antarabangsa dan institusi-institusi terkemuka untuk menghantar wakil-wakil mereka ke Gaza untuk mendapatkan maklumat sebenar dan terkini akibat pengepungan satu dan setengah sejuta orang di situ.

IOA enggan untuk membenarkan kemasukan delegasi Itali yang terdiri daripada senator, para akademik, wartawan-wartawan dan aktivis-aktivis hak manusia untuk kali ketiga berturut-turut.

Delegasi tersebut dijadualkan akan berada di Gaza selama empat hari yang mana mereka dijangka bertemu Haneyya, wakil jurucakap PLC, Dr. Ahmed Bahar akan membawa delegasi membuat lawatan beberapa kawasan di Jalur Gaza.

Awad memuji delegasi Itali kerana bantahannya selepas dihalang dari memasuki dan berkata bahawa IOA sedang mencuba menghadkan sebarang percubaan untuk menggerakkan satu kempen perpaduan antarabangsa dengan penduduk Gaza.