Rejim Zionis mencederakan rakyat Palestin, mengetatkan sekatan pergerakan di al-Khalil

Selasa, 07-07-2020 – Rejim Zionis (IOF) telah menembak seorang pemuda Palestin dan mengetatkan sekatan pergerakan ke atas warga Palestin di Kota al-Khalil.

Sumber tempatan mengatakan bahawa seorang pemuda Palestin ditembak di kaki oleh IOF di kawasan Bab al-Zawiya dan beliau kemudiannya dibawa ke hospital untuk rawatan.

Sementara itu, IOF memasang beberapa pusat pemeriksaan di kawasan kejiranan Tal Rumeida dan jalan al-Shuhadaa serta menyekat pergerakan warga Palestin, menghalang kebanyakan dari mereka untuk kembali ke rumah mesing-masing di kawasan lain.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nurul