Pejuang Palestin Lepaskan Uji Cuba Roket Perlawanan, Pesan Ancaman Dari Laut untuk Israel

Selasa, 07-07-2020 – Pada malam menjelang 1 Julai 2020, waktu yang ditetapkan oleh penjajah Israel untuk mengumumkan rancangan aneksasi, perjuang Palestin melepaskan sejumlah roket sebagai uji cuba ke arah Laut Gaza. Para pengamat dan penganalisis politik menyatakan bahawa pejuang telah memilih untuk mengirim ingatan ancaman langsung ke “Israel”. Pesan tersebut memperingatkan penjajah Israel berkait dengan rancangan aneksasi kolonialnya tersebut.

Menurut pantauan dilapangan dan penduduk yang menyaksikan peristiwa itu, para pejuang menembak lebih dari 24 roket dalam waktu setengah jam ke arah laut. Ini merupakan peringatan yang jelas kepada penjajah Israel bahawa dalam tempoh yang singkat, roket-roket tersebut boleh membelok arah ke utara atau timur bukannya barat untuk menjunam ke jantung wilayah pendudukan Israel.

Patut dijelaskan bahawa ini adalah pertama kali pejuang Palestin meluncurkan roket-roket uji cuba sebanyak ini. Biasanya dalam satu waktu mereka hanya meluncurkan dua roket hingga lima paling banyak.

Penganalisis ketenteraan, Rami Abu Zubaydah menjangkakan bahawa peluncuran roket-roket pejuang dengan jumlah sebanyak ini memberikan amaran langsung kepada penjajah Israel bahwa pejuang Palestin mampu mengembangkan senjata roketnya dan meningkatkan kekuatan penghancurnya, yang boleh menimbulkan kesan yang efektif.

sumber : https://melayu.palinfo.com/
penterjemah : osman