Pulluhan penceroboh Yahudi dan polis merosakkan kawasan Aqsa.

Selasa, 07-07-2020 – Puluhan penceroboh Yahudi yang dikawal oleh pegawai polis pada pagi ahad merosakkan Masjidil Aqsa di kawasan tawanan Baitulmaqdis.

Menurut Jabatan Awqaf Islam di kota suci itu, 84 penceroboh Yahudi memasuki Masjidil Aqsa melalui gerbang al-Maghariba dan mengadakan lawatan ke kawasan halaman masjid tersebut dalam kumpulan yang berbeza.

Sebilangan penceroboh Yahudi itu dilihat mengadakan upacara sembahyang Yahudi semasa lawatan ke tempat suci Islam itu
Sementara itu, polis Penjajahan Israel telah menculik lima orang pemuda di Baitulmaqdis pada pagi itu dan membawa mereka menaiki kereta peronda ke pusat tahanan.

Empat dari pemuda itu ditawan semasa kempen polis di daerah Issawiya, timur Kota Tua sementara yang lain diculik dari rumahnya dia bandar at-Tur, juga di timur Baitulmaqdis.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : hanafi