Sumber-sumber Hamas: “Keselamatan PA menangkap 8 ahli Hamas di Tebing Barat”


Selasa, 15/01/08 –Sumber media Hamas melaporkan Isnin lepas Pasukan Keselamatan Palestin menahan 8 ahli pergerakan pada hari Ahad di beberapa bandar Tebing Barat.

Di daerah Salfit, pasukan keselamatan menahan Hamza As’ad, daripada kampung Jam’een,
utara Salfit, selepas disoal siasat oleh Pasukan Keselamatan.

Sumber tersebut menyatakan yang keselamatan telah menutup sebuah kebajikan masyarakat yang menjaga dan menyediakan perkhidmatan untuk 350 anak-anak yatim dan beberapa keluarga miskin.

Di daerah Nablus, bahagian utara Tebing Barat, pasukan keselamatan menahan Radhi Rawajba, naib presiden jawatankuasa kampung Rojeeb , dan di kampung Aseera Al Shimaliyya dekat Nablus, pasukan keselamatan juga memecah masuk rumah Ayman Yassin dan menahan beliau.

Yassin telah dibebaskan daripada penahanan Israel 8 hari sebelum beliau ditahan oleh pasukan keselamatan Palestin.

Di daerah Jenin, di bahagian utara Tebing Barat, kakitangan keselamatan menahan Mohammad Malaisha dan Bashar Abbas. Abbas, seorang pelajar di Al Najah National University dalam Nablus,
telah ditangkap hanya dua minggu selepas beliau dibebaskan daripada sebuah penjara Palestin Preventive Security.

Di daerah Tulkarem, juga di bahagian utara Tebing Barat, pasukan keselamatan menahan Abdul-Ghani Qasim, Di Bethlehem, pasukan keselamatan menahan Mohammad Amarna, dan Mohammad Sarara,
daripada kem pelarian Deheisha.