Selamatkan Saleh Dar Mousa !


Selasa, 15/01/08 –
Keluarga tahanan Saleh Dar Mousa telah menghubungi Pertubuhan Nafha, yang mempertahankan Hak Tahanan Palestin dan Hak Asasi Manusia serta merayu untuk menyelamatkan nyawa Saleh yang kini mengalami kemerosotan kesihatan di penjara Israel.

Abangnya, Mousa, berkata Saleh telah ditukar ke Hospital Penjara Al Ramla yang mengalami kekurangan peralatan perubatan asas dan pada masa ini keadaan kesihatannya semakin buruk.

Mousa telah diculik oleh tentera Israel pada bulan Jun 2002 dan dijatuhkan hukuman oleh mahkamah tentera Israel untuk 17 terma hidup. Dia telah berkahwin dan merupakan seorang bapa kepada enam orang anak.

Sebelum penangkapannya, Mousa bekerja sebagai guru di Beit Liqya School, berdekatan bandar Ramallah, Tebing Barat.

Dia telah dikurung bersendirian selama tiga tahun serta mengalami beberapa penyakit-penyakit kronik, termasuk masalah penglihatan dan sakit di bahagian belakang badannya.

Peguam Pertubuhan Nafha menyatakan bahawa Mousa kini di hospital penjara bersama dengan 50 tahanan yang lain dan meminta organisasi hak asasi manusia untuk campurtangan dan menyelamatkan nyawa tahanan-tahanan terutama sejak hospital-hospital penjara mengalami kekurangan kemudahan alat-alat perubatan perubatan asas dan tiada terapi khusus.