
Khamis, 17/01/08 –Pemimpin senior politik Hamas dan juga ahli biro politik pergerakan itu, Sami Khater pada Rabu lalu berkata keganasan rejim Zionis di Semenanjung Gaza adalah “terjemahan praktikal” yang difahami antara Israel dan AS.
Dalam satu kenyataan eksklusif kepada PIC, Khater mahu Israel, AS dan kepimpinan PA bertanggungjawab sepenuhnya berikutan serangan berdarah rejim Zionis terhadap penduduk awam Palestin diSemenanjung Gaza.
Beliau juga menggariskan semua pilihan itu terbuka di depan penduduk Palestin untuk membalas kekejaman mereka, serta menambah lawatan presiden AS George W Bush telah mendorong Perdana Menteri Israel, Ehud Olmert disamping perlindungan politik yang diberi untuk terus melakukan jenayah kejam.
Tambahan pula, Khater menyatakan pendirian lemah dan tidak patriotik kepimpinan PA di Ramallah telah mendorong Bush untuk menyediakan perlindungan politik kepada Israel terutamanya selepas Presiden Mahmoud Abbas secara terbuka mengkritik penentangan dari penduduk Palestin