Khamis, 17/01/08 –Rejim Zionis mengakui berlaku kerosakan yang besar
di daerah Sedrot setelah di bom secara besar-besaran oleh pihak pejuang Al-Qassam, sayap Hamas.
Pihak Al-Qassam sendiri telah mengumumkan dalam satu kenyataan pagi semalam (16/1/08) bahawa 10 roket Qassam telah dilepaskan ke arah Sedrot. Mereka menyatakan ini sebagai balasan terhadap kezaliman mereka di timur Gaza tempohari.
Pihak Al-Qassam menyatakan 8 roket dilepaskan ke arah Sedroit manakala 2 lagi ke arah Zakem.
Media Israel mengakui puluhan warga Israel luka parah. Jalan dan kedai2 di tutup kerana penduduk terpaksa berkurung di rumah. Kerosakan rumah2 dan tempat2 perindustrian di Sedrot turut dilaporkan. Daerah Sedrot diistiharkan darurat.