4 kematian terbaru, 330 kes terbaru di Palestin dalam 24 jam.

Rabu, 29-07-2020 – Kementerian Kesihatan Palestin di Ramallah┬ámengatakan bahawa pada hari Ahad bahawa terdapat empat kematian terbaru yang berkait dengan virus Covid-19, 330 kes positif yang terbaru dan 470 masih dalam rawatan di kawasan Palestin sepanjang 24 jam yang terakhir.

224 kes terbaru ini direkodkan di wilayah Baitulmaqdis di al-Khalil, 3 di Ramallah dan al-Bireh, 8 di Tulkarem, 4 di Bethlehem, 14 di Jenin, 20 di Dablus, 11 di Jericho dan 6 di Qaqilya.

Menurut laporan harian kementerian, kadar pemulihan di kalangan pesakit Covid-19 di Tebing barat dan Baitulmaqdis telah meningkat kepada 36 peratus, kadar kes aktif pula telah menurun sehingga 53.4 peratus dan kadar kematian masih stabil dibandingkan dengan jumlah kes baru iaitu 0.6 peratus.

Oleh itu, jumlah kes aktif telah menurun kepada 8,320, sementara jumlah pesakit yang pulih telah meningkat menjadi 4,726 dan jumlah kematian meningkat kepada 78 orang.

12 daripada pesakit Covid-19 berada dalam keadaan kritikal dan menerima rawatan perubatan intensif dan dua yang lain menggunakan bantuan alat pernafasan, menurut laporan itu.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : hanafi