Haneyya: Hamas Tolak USD 15 Billion Ganjaran Menamatkan Perjuangan

Rabu, 29-07-2020 – Hamas menolak tawaran USD15 billion untuk menamatkan, menyerahkan Jerusalem dan mengasingkan Gaza dari seluruh Palestin, kata Ismail Haneyya, ketua biro politik Hamas.Dalam wawancara dengan laman web Qatar pada hari Isnin, Haneyya mengatakan bahawa pakej perjanjian itu membayangkan pelancaran projek infrastruktur utama seperti pelabuhan laut, lapangan terbang dan lain-lain di Semenanjung Gaza.

Beliau menambah bahawa pihak-pihak yang mengemukakan rancangan itu meminta balasan untuk menggabungkan sayap bersenjata Gerakan dalam pasukan polis Palestin setelah melucutkan senjata, menyerahkan Jerusalem dan mentadbir Semenanjung Gaza secara berasingan.

Pemimpin Hamas menegaskan bahawa Gerakannya tidak akanĀ  menerima apa yang disebut “Kesepakatan Abad” atau rancangan serupa lainnya.”Kami ingin mengakhiri pengepungan di Gaza dan memiliki pelabuhan laut,lapangan terbang dan projek lain tetapi hanya sebagai hak untuk penduduknya dan bukan sebagai balasan untuk melucutkan senjata atau pendirian politik tertentu,” tegas Haneyya.

sumber : https://melayu.palinfo.com/
penterjemah : osman