Covid19 : 244 kes terbaru , 527 pulih di Palestin

Rabu, 05-08-2020 – Kementerian kesihatan yang berpusat di Ramallah┬ápada hari Isnin yang lalu mengumumkan bahawa 244 kes baru COVID-19 telah dikesan di Tebing Barat dan Baitulmaqdis sementara 527 pesakit telah pulih dalam 24 jam terakhir.

Kementerian itu mengatakan dalam laporan hariannya bahawa kadar pemulihan di kalangan pesakit COVID-19 di Tebing Barat dan Baitulmaqdis telah meningkat menjadi 44.9%, kadar kes-kes yang aktif telah menurun kepada 54.6% dan kadar kematian telah menurun 0.5%.

Jangkitan baru termasuk 27 kes di Baitulmaqdis, 131 di al-Khalil, 14 di Nablus, 14 di Jericho dan Lembah Jordan, 1 di Bethlehem, 2 di Qalqilya, 10 di Jenin, 42 di Ramllah dan al-Bireh, 1 di Tulkarem, 1 di Salfit, dan 1 di Tubas.

Kementerian mengatakan bahawa 9 pesakit dalam keadaan kritikal telah dimasukkan ke unit rawatan intensif, termasuk dua yang telah menerima bantuan lat pernafasan.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : hanafi