Hamas Pilih Bertanding Pilihanraya


Rabu, 29 Sept 2004- Gerakan Islam Hamas telah menyatakan bahawa mereka akan bertanding dalam pilihanraya yang bakal di adakan. Dengan keterlibatan mereka dalam pilihanraya, pengaruh Hamas dapat diperluaskan lagi.

Dalam satu keluaran akhbar, Hamas menyeru kepada pendokong dan penyokong mereka supaya keluar mengundi. Seorang pemimpin Hamas, Mahmud Zahhar, menyatakan mereka akan bertanding bagi jawatan legislatif dan presiden. Pada tahun 1996, Hamas telah memboikot undian bagi Kaunsel Legislatif Palestin dan pusingan Presiden kerana undian tidak telus dan demokratik. Selain itu, keterlibatan mereka akan membenarkan Perjanjian Oslo 1993.

Menurut penganalisa, kempen berterusan Hamas boleh menggugat keadaan presidan Palestin, Yasser Arafat. Laporan wakil Aljazeera di Tebing Barat, menyatakan walaupun Israel cuba melemahkan Hamas secara ketenteraan, namun pengaruh politiknya semakin meluas dan bertambah. Sebanyak 30% rakyat Palestin akan memberikan undi kepada Hamas. Ini kerana tindakan mereka yang menetang kuat penjajahan Israel. Tokoh akademik Palestin, Azzam Tamimi, mengatakan Hamas akan meraih kejayaan dalam pilihanraya. ?Hamas merupakan parti yang paling popular di Palestin hari ini?, kata Azzam.

Perancangan Hamas dalam waktu terdekat ini ialah mengeluarkan Israel dari bumi Palestin dan matlamat utama mereka ialah untuk mendirikan sebuah kerajaan Islam di bumi bersejarah ini. Hamas merupakan sebuah organisasi yang menentang penjajahan dan penaklukan Israel dan mereka juga terlibat dalam aktiviti sosial seperti membina sekolah-sekolah, hospital-hospital dan masjid-masjid.