
Rabu , 19-08-2020 – Seorang warga Palestin berusia 60 tahun telah ditembak oleh tentera rejim lalu cedera pada Isnin di pos pemeriksaan Qalandiya, satu laluan yang sibuk di antara Baitulmuqaddis dan utara Tebing Barat, beberapa jam setelah kejadian tembakan berasingan di Baitulmuqaddis.
Menurut laporan berita Israel, warga emas itu menuju pos pemeriksaan dengan berjalan kaki di lorong yang dikhususkan untuk kenderaan. Tentera rejim menembaknya di bahagian bawah bawah badan apabila dia tidak membalas panggilan agar berhenti. Mereka kemudian menyedari yang warga emas itu kurang upaya dan tidak boleh mendengar atau berkomunikasi.
Beliau dibawa ke hospital berdekatan untuk bantuan perubatan dan keadaannya dilaporkan sederhana.
sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati