
Jumaat , 28-08-2020 – Berpuluh-puluh peneroka haram Yahudi pada hari Isnin lalu telah menyerbu Masjid al-Aqsa di Baitulmaqdis dengan diiringi kawalan ketat pihak polis.
Majlis Awqaf Islam mengatakan bahawa 111 orang peneroka haram Israel telah masuk ke Masjid al-Aqsa dan berkeliaran di halamannya sambil disertai oleh pasukan polis.
Para peneroka haram tersebut telah menghabiskan sebahagian besar masa lawatan mereka di kawasan timur Masjid di mana mereka melakukan upacara Talmud.
Sementara itu, jemaah Palestin telah disekat dari memasuki kawasan laman tersebut.
sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : ezatul