
Jumaat , 28-08-2020 – Pesawat tempur dan kereta kebal rejim Israel yang berpangkalan di sempadan timur membedil tiga sasaran di Khan Yunis di selatan Semenanjung Gaza, subuh Isnin semalam.
Kata sumber tempatan kepada wartawan Palestinian Information Center (PIC), jet pejuang rejim membedil dua peluru berpandu ke sasaran tanah pertanian di timur Bandar Khan Yunis.
Sementara itu, kereta kebal dari pagar sempadan pula telah melancarkan tembakan ke arah dua pos pejuang Palestin yang terletak di utara dan selatan Khan Yunis.
Tiada kecederaan yang dilaporkan dalam serangan tersebut. Bagaimana pun bangunan dan rumah kediaman berhampiran sasaran rosak.
sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin