
Isnin, 04/02/08 –Gerakan Hamas mengecam projek penempatan Israel di Al-Quds yang bertujuan menghilangkan kewujudan syiar Islam dan Palestin di wilayah tersebut. Hamas
menegaskan, Al-Quds adalah sebahagian daripada Palestin yang tidak boleh dipisahkan.
Dalam surat keteranganya, Sabtu (2/2) yang disiarkan oleh Infopalestina.com Hamas menyebutkan, projek Israel dalam menyempurnakan program Pengyahudian Al-Quds masih terus berlangsung siang dan malam. Projek mereka tiada hentinya sejak penjajahan Palestin tahun 1967, ketika kelemahan bangsa Palestin dan ketidakpedulian bangsa Arab dan Islam. Pelbagai usaha dilakukan Zionis Israel untuk memperluaskan penempatan mereka. Ia sudah tentu mendapat sokongan dana dari pemerintah Israel. Terutama di wilayah al-Jarrah, daerah Kota Lama. Mereka menghancurkan, mengusir dan merampas tanah warga Palestin untuk pembangunan penempatan baru, menurut Hamas.
Penempatan Israel di dalam Kota Lama semakin luas dalam rangka merubah keadaan wilayah dan menghilangkan identiti kearaban Al-Quds atau menghilangkan tanda-tanda sejarah masa lampau.
Hamas mengingatkan, kejahatan Israel ini dilakukan di depan mata dan telinga dunia antarabangsa, termasuk Arab dan Islam. Tanpa sebarang reaksi ataupun tindakan dari bangsa Arab dan Islam, Israel terus menodai tempat suci umat Islam di Al-Quds.