Haniyya : Operasi Sempadan Rafah Akan Diusahakan.


Isnin, 04/02/08 –Kerajaan sementara yang diketuai oleh Perdana Menteri, Ismail Haneyya Ahad lalu telah menyatakan harapan beliau berikutan pembukaan lintasan sempadan Rafah sehingga membolehkan penduduk Gaza berpeluang masuk ke Mesir dan mengangkut barangan dan keperluan mereka melaluinya.

Dalam satu kenyataan, Taher Al-Nunu selaku jurucakap kerajaan menggariskan yang pasukan keselamatan Palestin bergabung dengan kementerian dalaman usaha mengatur sempadan Palestin-Mesir dan menyatakan harapan sempadan Rafah akan dibuka tidak lama lagi.

Nunu menyatakan bahawa pihak Mesir menekankan keperluan untuk menamatkan pengepungan di Gaza dan menjanjikan pembukaan semula lintasan sempadan.

Jurucakap memberitahu terdapat beberapa perkara telah dipersetujui antara Hamas dan Mesir termasuk mekanisme untuk merasmikan dan mengoperasikan lintasan sempadan Rafah.