
Jumaat , 18-09-2020 – Dalam tempoh kurang dari 20 jam, lebih daripada 1 juta orang, termasuk aktivis pro-Palestin, tokoh media dan akademik, telah menandatangani “Piagam Palestin” yang merupakan sebuah dokumen menolak normalisasi hubungan negara-negara Arab dengan Israel.
Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan menteri luar Bahrain menandatangani perjanjian normalisasi dengan Israel di White House Selasa lalu,
yang menjalin hubungan penuh yang melanggar Inisiatif Damai Arab.
Teks piagam – yang diterbitkan di “charterofpalestine.com/campaign” – menyatakan: “Mempercayai keadilan perjuangan Palestin dan mengikuti tanggungjawab saya terhadapnya, saya dengan hormatnya menandatangani Piagam Palestin, di mana saya menegaskan bahawa Palestin sebuah negara Arab yang diduduki dan pembebasannya adalah suatu kewajipan.”
sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Nurul