
Jumaat, 18-9-2020 – Kementerian kesihatan Palestin pada hari Rabu lalu melaporkan 15 kematian baharu yang berkaitan dengan COVID-19 (coronavirus), 963 ujian positif baharu, dan 552 kes pemulihan di kawasan Palestin di dalam tempoh 24 jam terakhir.
Menurut kementerian kesihatan, 13 dari mangsa baharu yang meninggal akibat virus berkenaan berasal dari beberapa kawasan yang berlainan di Tebing Barat, dan dua yang lain berasal dari Semenanjung Gaza dan kota Anata di Baitulmaqdis.
662 pesakit COVID-19 baharu berasal dari Tebing Barat, 207 dari Baitulmaqdis dan 94 dari Gaza.
69.8 peratus daripada jumlah kes telah pulih dari penyakit ini, sementara kadar kes aktif adalah 29.5 peratus dan kadar kematian adalah 0.7 peratus dari keseluruhan kes.
Menurut kementerian itu juga, 30 pesakit kritikal telah dimasukkan ke unit rawatan rapi, dan 11 daripadanya telah diletakkan di bawah rawatan ventilator.
sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Ezatul