
Jumaat , 18-09-2020 – Puluhan peneroka Yahudi ekstremis yang dikawal oleh pasukan polis mencemari Masjidil Aqsa di Jerusalem yang dijajah pada pagi Rabu.
Menurut Jabatan Awqaf Islam di kota suci itu, sekurang-kurangnya 126 peneroka haram memasuki Masjid melalui Pintu al-Maghariba secara berkumpulan dan mengelilingi halamannya di kawal polis.
Masjidil Aqsa terdedah dengan penghinaan setiap hari oleh peneroka Yahudi dan pasukan polis pada waktu pagi dan petang kecuali pada hari Jumaat dan Sabtu.
sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Ameen