
Jumaat , 18-09-2020 – Badan Koordinasi Pejuang Palestin menegaskan komitmen membalas serangan Israel dan tidak akan membiarkan musuh menyerang bangsa Palestin mahupun lokasi pejuang.
Dalam keterangan bertulisnya, Badan Koordinasi Pejuang menyatakan, respon balasan atas serangan Israel hari ini akan diteruska dan siapsiaga menghadapi kemungkinan serangan lain.
Pihak pejuang Palestin pada Rabu pagi melepaskan tembakan beberapa roket ke penempatan Israel di sekitar Gaza, sebagai respon atas serangan yang dilakukan penjajah Israel ke Gaza.
Sejumlah sumber Israel menyebutkan, alat peringatan berbunyi di beberapa penempatan Israel di sekitar Gaza termasuk di Siderot dan terdengar suara ledakan di sana.
Militan Israel menyatakan, sejumlah penempatan Israel di sekitar Gaza menjadi sasaran gempuran roket dari Gaza.
Radio militan Israel memaklumkan bahawa serpihan roket menyebabkan kerosakan di sejumlah bangunan di penempatan Shaer Hanegef.
sumber : https://melayu.palinfo.com/
penterjemah : Osman