Delegasi Bahrain Akhirnya Keluar Dari Gaza.


Selasa, 12/02/08 –Pihak berkuasa Mesir Isnin lalu telah membenarkan delegasi Bahrain yang diketuai oleh MP Nasser Al-Fadala untuk meninggalkan Gaza melalui lintasan Rafah setelah seminggu terkandas di sana, menurut sumber penduduk Palestin.

Tiga anggota pasukan tersebut melawat beberapa institusi Palestin di Gaza dan menemui ramai pegawai dan orang kenamaan untuk mengetahui keadaan semasa Gaza dikepung. Delegasi itu tidak boleh keluar daripada Gaza selepas pihak berkuasa Mesir menutup pangkalan sempadan dan tidak membenarkan mereka untuk meninggalkannya.

Hubungan yang lebih kerap telah dibuat antara kedua-dua negara. Delegasi itu enggan untuk pulang ke Mesir melalui pusat kawalan Israel di lintasan Karm Abu Salem. Sumber bertanggungjawab Bahrain mendedahkan bahawa Raja Bahrain, Hamad Bin Issa secara peribadi telah campur tangan untuk menyelesaikan masalah ini.

Baginda menghantar sebuah jet persendirian untuk membawa pulang delegasi itu yang dibawa bersama mereka barang-barang bantuan untuk penduduk Gaza diiringi satu pasukan keselamatan yang pergi ke Kaherah untuk menyelaras pemergian delegasi tersebut.