Hamas – Israel akan di hukum jika mengancam pemimpin Hamas.


Selasa, 12/02/08 –Pergerakan Hamas telah menyuarakan dengan jelas kepada Israel bahawa serangan balas akan di lakukan dengan apa cara sekalipun jika terdapat cubaan untuk membunuh pemimpin-pemimpin Hamas Hamas juga memberi amaran kepada Israel bahawa Israel akan mendapat pembalasan yang setimpal di atas kebiadaban mereka itu

Di dalam media Hebrew sebelumnya telah melaporkan bahawa Israel telah bernekad untuk membunuh pemimpin-pemimpin Hamas samada di dalam ataupun di luar Palestin sambil menambah nama Ismail Haneyya turut di senaraikan.

Di dalam sidang akhbar, jurucakap Hamas, Dr. Sami Abu Zuhri berpendapat bahawa ugutan dari Israel untuk membunuh pemimpin tertinggi Hamas sebagai terlalu biadap dan tindakan balas dari Hamas di atas percubaan bunuh tersebut akan di anggap sebagai tindakan yang tidak akan dapat di lupakan oleh Israel.