Categories
Berita Semasa

Badran: Pilihanraya Palestin Diharapkan Bersih Dan Penglibatan Semua Pihak

Isnin , 28-09-2020 –  Anggota biro politik Hamas Husam Badran menegaskan bahawa isu Palestin sedang menghadapi usaha penghapusan yang nyata. Oleh itu itu kami berharap pilihan raya umum Palestin akan berjalan dengan bebas merdeka dengan landasan penglibatan semua elemen nasional.

Hal itu disampaikan Badran dalam wawancara televisen dalam rangkaian dialog antara Hamas dan Fatah di Istanbul. Menurut Badran, dalam tiga hari pertemuan, telah dicapai sejumlah ketetapan bersama yang akan menjadi visi dan peta jalan menuju penglibatan dan sumbangan Palestin secara menyeluruh, mencakupi semua entiti dan elemen Palestin.

Pertemuan ini dibuat untuk membincangkan perkara penting yang berjaya menghimpunkan para pemimpin utama faksi-faksi Palestin.

Badran menegaskan bahawa landasan utama dalam menghadapi tentangan dan konspirasi adalah persatuan bangsa Palestin.

Tokoh Hamas ini menyatakan, “Dengan izin Allah, kami akan menempuh jalan ini, agar kami mampu menyampaikan kepada dunia dan kepada penjajah bahawa keputusan Palestin merupakan keputusan bersama dan tidak ada satu pihak yang boleh terlibat dengan usaha menghapus isu Palestin.”

sumber : https://melayu.palinfo.com/
penterjemah : Osman