Categories
Berita Semasa

Kapal perang Israel melepaskan tembakan ke arah nelayan Palestin

Isnin , 28-09-2020 –  Kapal perang tentera laut Israel menyasarkan kapal nelayan Palestin di lepas pantai Semenanjung Gaza utara pada hari Khamis pagi dan mengejarnya di laut.

Sumber tempatan mengatakan bahawa kapal perang Israel melepaskan tembakan ke arah kapal nelayan dan nelayan ketika bekerja di laut.

Mereka menambah bahawa nelayan terpaksa kembali ke darat, sambil menambah bahawa tidak ada korban jiwa yang dilaporkan.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Nor syuhada