Abu Zuhri: Usaha Jatuhkan Hamas, Perang Israel Bermotif Politik


Rabu, 13/02/08 –Gerakan Hamas menegaskan, pernyataan wakil PM Israel Hayeem Ramon yang berusaha menjatuhkan pemerintah Hamas di Semenanjung Gaza membuktikan bahawa perang yang dilakukan penjajah ini bermotif politik dan bukan keamanan.

Dr. Sami Abu Zuhri, jurucakap Hamas menegaskan dalam penyataan akhbar Selasa (12/2) bahawa penyataan Ramon membuktikan perang Israel bukan berkait dengan serangan roket Palestin namun bertujuan menjatuhkan Hamas secara politik.

Ramon sebelumnya menyatakan, Israel akan berusaha dalam tempoh setahun untuk menjatuhkan pemerintah Hamas di Semenanjung Gaza dan mengembalikan wilayah itu kepada Abu Mazen. Beliau menegaskan dalam sidang kementerian luar negeri dan keamanan di parlimen Israel Isnin (11/2) akan membunuh pemimpin Hamas sehingga
pemerintahannya akan jatuh di Semenanjung Gaza.

Menurut Abu Zuhri, pernyataan Israel ini membuktikan adanya koordinasi antara pihak
Israel dan pihak Autoriti Palestin (AP) di Ramallah. Pernyataan Israel ini juga yang mengungkap propaganda anti Hamas yang dilakukan oleh AP pimpinan Mahmud Abbas.

Beliau mengatakan, sangat ‘ilusi’ kekerasan dan sekatan Israel akan menjatuhkan Hamas. Abu Zuhri berkata, sekatan yang berlaku hari ini telah dikenakan terhadap palestin sejak Hamas menang dalam pilihanraya umum dua tahun lalu.

Abu Zuhri menegaskan peristiwa dan perkembangan terakhir ini menunjukkan kemampuan Hamas dalam mengatasi masalah dan membuktikan kegagalan usaha menjatuhkannya. Beliau menyatakan, Ramon berusaha menipu massa Israel bahawa masih ada peluang menjatuhkan Hamas padahal kemungkinannya sangat kecil.