Hamas: Tidak Ada yang Lebih Mahal dari al Quds dan Palestin.


Jumaat, 15/02/08 – Gerakan Hamas menegaskan usaha terancang dan berterusan Zionis Israel untuk melakukan proses yahudinisasi di al Quds melalui pelbagai cara, mulai dari
penggusiran dan perampasan tanah, pembangunan penempatan baru, menerapkan kawalan ketat di bandar dan penggalian terowong serta banyak tindakan jahat lainnya, tidak akan banyak merubah realiti (al Quds).

Hamas menegaskan, Kota al Quds akan tetap (berstatus) Palestin Arab Islam, akan tetap dihuni penduduknya meskipun pelbagai usaha dilakukan untuk menghalau penduduk Islam dari menghuni kota tersebut. Mereka akan tetap tinggal di kota al-Quds menghadapi realiti, menjaga dan membela kota ini sehingga berjaya membebaskannya ke tangan orang-orang Arab dan kaum muslimin.

Hamas mengecam sikap dan tindakan pemimpin tertinggi pihak Autoriti Palestin (AP) di Ramallah yang terus melakukan perundingan dan pertemuan dengan penjajah Israel. Walaupun penjajah Israel berterusan melakukan ancaman pembunuhan, pendudukan,
serangan, tindakan terroris dan meningkatkan aktiviti pembangunan penjajahan penempatan di kawasan al Quds dan wilayah Palestin yang lain.