
Selasa , 29-09-2020 – Pengusaha nuseri, Ali Dawud tidak merasa tenang ketika dia sedang bekerja di nurserinya yang sudah diusahakan lebih dari 15 tahun di Qalqilya, wilayah utara Tebing Barat. Ini kerana adanya rancangan penempatan Israel yang mereka lawan untuk dihentikan selama berbulan-bulan di mahkamah Zionis dan telah mengancam nuseri di Qalqilya.
Qalqilya adalah pusat utama nuseri di Tebing Barat.
Nuseri di wilayah ini menghasilkan lebih dari 80% anak pokok pertanian di Tebing Barat. Namun ia terancam dimusnahkan dengan adanya rancangan penempatan Israel.
Akhir tahun lalu, otoriti pendudukan penjajah Israel telah mengeluarkan keputusan mengenai rancangan baharu Israel untuk memperluas jalan lintas penempatan dengan kos 200juta shekel, yang secara praktiknya akan menghancurkan kebun-kebun nuseri pertanian di Qalqilya, pencurian tanah dan implementasi aneksasi baru.
Dawud menyatakan bahawa salah satu tujuan dari rancangan penempatan Israel tersebut adalah untuk menghancurkan kebun-kebun nuseri di Qalqilya, kerana anak pokok di wilayah tersebut lebih baik dibandingkan nuseri Israel dari segi kualiti dan harga. “Kami sudah biasa bahawa setiap sektor ekonomi yang menyaingi Israel pasti dihancurkan dengan langkah-langkah penjajah Israel,” tegasnya.
sumber : https://melayu.palinfo.com/
penterjemah : Osman