Categories
Berita Semasa

Ucapan takziah Misy’al kepada 2 nelayan Palestin yang shahid di tembak tentera laut Mesir

Rabu , 30-09-2020 –  Mantan ketua biro politik hamas, Khalid Misy’al mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Mahmud dan Hasan al-Za’Zu, nelayan Palestin yang terkorban di tembak oleh tentera laut Mesir pada Jumaat lalu.

Misy’al menyampaikan ucapan dukacita beliau sambil mendoakan agar roh kedua nelayan yang shahid di tempatkan bersama para nabi , siddiqin dan syuhada’ dan keluarga kedua-dua nelayan yang terkorban

itu di beri kesabaran dan kekuatan menghadapi musibah yang menimpa mereka. Ucapan takziah dan balasungkawa beliau turut di sampaikan kepada Persatuan Nelayan Palestin di perairan Gaza, Nizar Ayyash.

sumber : https://melayu.palinfo.com/
penterjemah : Rahibah Omar